Friday, June 1, 2012

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI





Minggu ini bulan mengambang penuh di mana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum, bagi penggemar tarikh sunnah hari Khamis, Sabtu dan Isnin adalah tarikh 17/19/21 kalendar Islam. Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.

7 Jun 2012 = 17 Rejab 1433H (Khamis)
9 Jun 2012 = 19 Rejab 1433H (Sabtu)
11 Jun 2012 = 21 Rejab 1433H (Isnin)

Untuk temujanji anda, sila hubungi perawat-perawat kami mengikut cawangan dan perkhidmatan yang dikehendaki seperti berikut:-
  1. Pembekam Wanita PJ - Pn Nott 019-285 2849
  2. Pembekam Wanita Shah Alam - Cik Intan 019-430 8836
  3. Pembekam Wanita Sg Petani - Pn Ana 017-424 0064
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

KESIHATAN TUBUH BADAN MANUSIA


  

Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia ?
  1. Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid, toksin, uric acid, kolestrol, angin, sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam tubuh badab akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan akan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.
  2. Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel. Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali. Contohnya kita berbekam pada titik jantung, hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung, jadi jika ada apa-apa yang berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang, sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.
  3. Apabila berbekam, secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Thursday, May 31, 2012

WAKTU-WAKTU BERBEKAM


 
Berbekam sebaiknya dilakukan pada pertengahan bulan Islam, kerana darah kotor akan berhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada puncak gejolak) pada waktu tersebut. Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada pelipis dan pundaknya. Ia melakukannya pada hari ke-17, ke-19 atau ke-21." (HR Ahmad). 

Selain itu, memilih hari Isnin, Selasa dan Khamis amatlah digalakkan.  Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan pencegahan untuk menjaga kesihatan terhadap penyakit. Namun demikian, jika pesakit tidak lagi dapat menahan sakit dan untuk rawatan penyakit, maka harus dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan. Ini bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih teruk kepada pesakit jika hendak menunggu ketibaan tarikh atau hari yang disarankan.  Dalam hal ini, Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan.

Berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka anda disarankan untuk tidak makan makanan berat 2-3 jam sebelum berbekam.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (HR Abu Dawud)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang kalian lakukan adalah hari ke-17, ke-19, dan pada hari ke-21.” (HR at-Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita: ”Rasulullah SAW biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad sahih)

BEKAM SUNNAH THIBBUN NABAWI


Kaedah bekam ini adalah kaedah bekam sunnah bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW yang berbekam mengikut point yang asal iaitu 1400 tahun dahulu menggunakan kaedah sayatan pisau bekam. Kaedah bekam thibbun nabawi ini memberikan 1001 hikmah kesihatan keseluruhan badan seperti mata yang cerah, merawat kebas kaki, merawat masalah pinggang dan menyelesaikan juga masalah pening kepala. Pesakit akan diruqyah terlebih dahulu, kemudian bekam dan diberikan minum madu di penghujung rawatan. 

Kebaikan dan kegunaan bekam: 
  1. Membuang angin dalam badan
  2. Menghilangkan kesakitan dan lenguh-lenguh badan
  3. Melancarkan peredaran darah
  4. Membetulkan urat saraf yang tersumbat
  5. Mebuang racun / toksik dalam badan
Bekam bukanlah ciptaan atau rekaan manusia tetapi bekam adalah Sunnah Rasulullah SAW. Bekam datang dari wahyu melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, maka tidak syak lagi bahawa banyak hikmah yang terkandung di dalam amalan berbekam ini.

Rasulullah SAW bersabda:
 
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيّ 
"Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sunduta dengan api (kay).  Sesungguhnya aku melarang umatku (berubat) dengan kay.: (HR Bukhari)

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ

"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection)." (HR Bukhari-Muslim)

PENYAKIT ARTHRITIS - CEGAH SEBELUM PARAH

   
  
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi dan menyebabkan sakit sendi, bengkak sendi dan menjadi kaku.  Ia juga boleh berpunca daripada sebab jangkitan kuman, perubahan atau kecacatan pada baka serta kekerapan amalan makan ubat setelah sakit dengan sekian lama.

Tanda-tanda dan gejala:-
  1. Sakit sendi (lengan, pergelangan tangan, jari jemari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas melakukan sesuatu activiti.
  2. Bengkak di bahagian sendi dan dalam sendi dan terdapat bengkak yang tegang di persekitan sendi tersebut.
  3. Kekerasan sendi.
  4. Sakit di sekitar sendi.
  5. Oto mengecil (otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  6. Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya untuk bergerak atau sukar melakukan tugasan tertentu.
  7. Sakit bertambah teruk apabila melakukan banyak pergerakan yang berlebihan.
Faktor-faktor dan risiko:-
  1. Peningkatan umur
  2. Kegemukan - di kedua-dua sendi lutut
  3. Keturunan
  4. Pergerakan yang keterlaluan
  5. Kecederaan sendi yang teruk contohnya kepatahan tulan
  6. Koyak pada bahagian meniscus
  7. Kerosakan pada ligamen
  8. Faktor pekerjaan
  9. Sakit sendi peha contohnya di kalangan petani.
Rawatan:-
  1. Berbekam di tempat yang saki, lebam atau bengkak.
  2. Amalkan minum minyak zaitun dan sapukan di  tempat yang sakit.
  3. Amalkan minum madu 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum makan.
  4. Amalan solat jangan tinggal walaupun ketika sakit. InsyaAllah sembuh.
Rasulullah SAW pernah bersabda:-

"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari

"Ada minyak zaitun, makanlan, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir 
 

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari.

Wednesday, May 30, 2012

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA



Minyak zaitun dara boleh di dapati dengan mudah di semua hypermarket yang berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol dan buka penutupnya serta bacakan ayat lazim seperti Al-Fatehah, Kursi dan 3Qul kemudian tiupkan 10 saat pada minyak tersebut.
  1. Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan, sapukan sedikit minyak zaitun pada dahi dan di kedua-dua cuping telinga bayi tersebut, InsyaAllah bayi tidak menangis lagi.
  2. Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit, sapukan pada tempat yang bermasalah sebanyak 3x sehari dan InsyaAllah sembuh.
  3. Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin, sapukan juga 3x sehari pada tempat yang sakit.
  4. Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik, masalah hati, pankreas, ginjal mahupun buasir, minum sesudu minyak zaitun sebanyak 2x sehari, InsyaAllah sembuh.

Rasulullah SAW pernah bersabda:-
 
"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari


”Ada minyak zaitun, makanlan, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir

Tuesday, May 29, 2012

MASALAH GANGGUAN, BERBEKAMLAH 2 MINGGU SEKALI x 3 SESI



Para pembaca blog di luar sana yang menderita pelbagai penyakit gangguan jin disyorkan berbekam 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi, InsyaAllah penyakit gangguan jin anda akan makin berkurangan.

Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu pernah berbekam di kepala menggunakan tanduk bagi menyembuhkan penyakit sihir beliau angkara ahli sihir yahudi laknatullah. Titik bekam disyorkan dibahagian kepala, tengkuk dan tempat yang sakit akibat penyakit gangguan jin tersebut. Herba tambahan yang perlu diambil ialah makan habbatussauda 1biji pagi dan 1 biji petang selama sebulan, InsyaALLAH sembuh..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari.

Sunday, May 27, 2012

KELESUAN AKAN HILANG SELEPAS BERBEKAM DARAH


Bagi mereka d iluar sana yang menghadapi masalah kelesuan badan, anda disyorkan berbekam kerana sejurus selepas berbekam badan anda terasa amat segar sekali. Ini kerana segala toksid/angin keluar semasa proses berbekam tadi, sekaligus sistem perjalanan darah dan sistem saraf kembali bertugas dengan lancar dan efektif semula. Untuk info, caj bekam kami hanyalah RM5/cup iaitu yang termurah dipasaran.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

Saturday, May 26, 2012

SAKIT DAN LENGUH DI KAKI, BETIS DAN PEHA

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar. Anda disyorkan berbekam 10 point pada kedua belah kaki (3 point di betis + 2 point di peha), InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda selesai.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Thursday, May 24, 2012

DI UGUT JIN MATA MERAH

Ini kisah benar 3 bulan lepas di mana jurubekam wanita kami ingin membuat rawatan bekam sihir di rumah pesakit di Putrajaya. Pesakit tersebut terkena kes sihir pemisah rumahtangga yang agak kuat juga, apabila diruqyah pesakit kerasukan dengan agresif sehingga berjam-jam lamanya. Sehari sebelum temujanji dengan pesakit tersebut, apabila ingin melelapkan mata saja, tiba-tiba datang satu bayangan lembaga hitam bermata merah dan berkata-kata berbaur ugutan "jika kamu pergi, kamu akan sakit !!!"...pada malam tersebut 3-4 kali juga lembaga tersebut datang mengugut jurubekam wanita kami. Tapi keesokan harinya beliau pergi macam biasa membekam pesakit sihir tersebut, alhamdulillah tiada perkara buruk terjadi. Moral of the story dari kisah ini, jurubekam perlu kerap membaca kursi dan 3 qul sebelum pergi membekam pesakit untuk perlindungan diri dari jin/syaitan dan jangan sesekali takut dengan ugutan jin/syaitan ini kerana sesungguhnya mereka itu tidaklah berdaya sangat mencederakan manusia dan ia lebih kepada psiko sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM DARAH MERAWAT SAKIT PINGGANG

Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam.
 
"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)

Wednesday, May 23, 2012

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

BEKAM DARAH MAMPU MERAWAT PENYAKIT DARAH TINGGI, KENCING MANIS DAN MIGRAIN

Photobucket
Kaedah bekam darah ini bagus bagi pengidap penyakit darah tinggi, migrain dan kencing manis.  Ini kerana semasa proses berbekam, segala toksin, gula dan kotoron dibahagian bawah kulit kepala akan disedut keluar bersama darah bekam dan InsyaAllah akan sembuh. Pesakit akan diruqyah terlebih dahulu, kemudian dibekam dan diberikan minum madu di penghujung rawatan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Tuesday, May 22, 2012

KAEDAH RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH PENYAKIT GANGGUAN JIN


Bagi mereka di luar sana yang mengalami masalah pelbagai penyakit gangguan jin, anda diyorkan menjalani rawatan ruqyah dan bekam sekaligus, InsyaAllah penyakit ganggun jin anda sembuh kurang daripada sebulan. Kaedah ruqyah dan bekam adalah kaedah sunnah Rasulullah SAW kerana terlalu banyak dalil ayat Al-Quran dan hadis sahih menyokong kaedah tersebut.

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Monday, May 21, 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI MASALAH SENGGUGUT

Bagi kaum hawa, anda disyorkan menjalani rawatan bekam secara istiqomah sebulan sekali untuk menghindari dari terkena masalah senggugut, kaedah berbekam mampu melancarkan aliran darah seluruh badan dan memudahkan proses keluar darah haid tanpa tersekat-sekat.

Selain itu anda juga disarankan mengambil makanan sunnah iaitu Kapsul Baraka Habbatus Sawda sebiji sehari untuk kesembuhan yang maksimum.

Untuk berbekam, sila hubungi untuk temujanji dengan Pembekam Wanita di PJ-NOTT 019-285 2849.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari

Friday, May 18, 2012

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH BADAN


Anda diluarsana disyorkan berbekam sebulan sekali bagi memantapkan sistem imun badan,kerana toksid yang dikeluarkan dari badan secara tak langsung mengurangkan bebanan organ dalaman dan secara amnya menggalakan penghasilan antibodi badan.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Thursday, May 17, 2012

SAKIT SENDI LUTUT JUGA BOLEH DIBEKAM



Cuti sekolah hampir tiba pada hujung bulan May ini.  Banyak jemputan kenduri kendara yang harus dihadiri.  Sibuk dengan menolong membuat persiapan kenduri, sibuk memenuhi jemputan makan di kenduri dan penat di dalam perjalanan yang panjang.
 
Oleh demikian, badan kita akan mudah rasa keletihan, lemak mudah terkumpul, urid acid banyak di dalam badan dan sakit lutut juga akan menyerang anda.
 
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutut tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius. Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.
 
Segeralah datang berbekam jika anda tidak mahu sakit lutut anda menjadi semakin serius.
 
"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"(Shajihu Al-Jami' 5671)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)