Saturday, December 26, 2009






















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT WANITA YANG MENGALAMI MASALAH HAID

Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam darah 24cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah haid anda akan berjalan lancar dan tidak mengalami senggugut lagi.





















POINT BEKAM UNTUK MENGATASI MASALAH GATAL-GATAL BADAN

Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam darah 13cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah badan anda tidak gatal-gatal lagi.





















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT PESAKIT INSOMNIA

Pesakit insomnia disyorkan menjalani rawatan bekam darah 14cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah anda akan mudah tidur malam.

Friday, December 25, 2009






















POINT BEKAM UNTUK RAWATAN RESDUNG

Pesakit disyorkan menjalani rawatan bekam 9cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,inysyaAllah masalah resdung anda selesai.





















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT DARAH TINGGI

Pesakit disyorkan menjalani bekam darah 18cup seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah tekanan darah anda akan menjadi stabil.





















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT KENCING MANIS

Pesakit kencing manis disyorkan menjalani bekam darah 13cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah kadar gula dalam darah anda akan turun mendadak.





















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT PENYAKIT ASMA/LELAH

Pesakit disyorkan menjalani bekam darah sebanyak 24cup seminggu sekali sebannyak 3x sesi,insyaAllah sembuh.





















POINT BEKAM UNTUK MERAWAT SAKIT PINGGANG

Pesakit pinggang disyorkan menjalani bekam darah 10cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah masalah pinggang anda akan selesai.























POINT BEKAM UNTUK MERAWAT OBESITI

Pesakit dianjurkan melakukan bekam darah 6cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah berat badan akan berkurangan.

Thursday, December 17, 2009





















PEN BEKAM DAN LANCET YANG DIGUNAKAN DALAM KAEDAH BEKAM


Gambar diatas ialah pen bekam dan lancet yang berfungsi untuk melakukan tusukan pada kulit bagi mengeluarkan darah kotor dalam proses bekam darah.

Kaedah yang digunakan ini tidak meninggalkan sebarang parut pada kawasan yang ditusuk/bekam dan juga tiada lagi rasa kesakitan semasa tusukan lancet kerana tusukan pen bekam ini amat-amat laju.







KHASIAT BEKAM DI MUKA


1) Menghilangkan jerawat.

2) Menyembuhkan penyakit resdung.

3) Awet muda.

4) Mengurangkan sakit kepala.

5) Muka terasa ringan.

Wednesday, December 16, 2009










POSISI PESAKIT KETIKA BERBEKAM

Bekam boleh dilakukan dalam keadaan pesakit duduk ataupun meniarap.










HUKUM BERBEKAM KETIKA PESAKIT SEDANG BERPUASA


Hukumnya MAKRUH jika individu berpuasa tersebut berbekam akan mengakibatkan lemah fizikalnya dan hukumnya HARAM pula sehingga selepas berbekam mengakibatkan individu tersebut tidak lagi kuat berpuasa sehingga dia ingin berbuka.











POINT-POINT BEKAM YANG EFEKTIF


3 Point di tengkuk dan juga 1 point di pusat kepala adalah titik-titik bekam yang tersangat-sangat efektif dan memberikan kesembuhan maksimum dimana ia boleh menyembuhkan/menghindari terus 72 jenis penyakit.









BOLEHKAH KITA MENGAMBIL UPAH SEBAGAI JURUBEKAM ?


Jawapannya BOLEH...kerana ada hadis yang menyokongnya..

"Nabi SAW pernah memanggil seorang hamba kami yang ahli bekam,dia membekam baginda,lantas baginda memerintahkan agar membayarnya dengan satu sha' atau satu mud atapun dengan dua mud.Baginda membicarakan persoalannya,lantas ufti hamba itu dikurangkan"
(Al Misykat 2953)
bekam tengkuk Pictures, Images and Photos

BEKAM 3 POINT DI TENGKUK

Berbekam pada kawasan tersebut mampu menyembuhkan/menghindari kita dari terkena 72 jenis penyakit kritikal.








KEKERAPAN BERBEKAM

Bagi individu yang berpenyakit,dianjurkan berbekam sunnah seminggu sekali untuk 3x sesi.Bagi individu yang sihat pula, digalakkan berbekam sebulan sekali untuk proses mencuci darah supaya terhindar dari segala macam penyakit dihari tua nanti.








SEMUA PENYAKIT DIDUNIA INI BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM

Melalui kajian saintifik dan R&D perubatan moden,maka tidak syak lagi semua penyakit boleh dirawat dan disembuhkan melalui kaedah bekam sunnah hatta penyakit kencing manis sekalipun.










SUHU BILIK RAWATAN BEKAM ADALAH BAGUS DALAM KEADAAN SUAM/PANAS

Bilik untuk rawatan bekam hendaklah tidak sejuk dan suhu yang dianjurkan adalah suam/panas kerana ia memudahkan proses pengaliran darah kotor keluar melalui badan.








BERPUASA SEHARI SEBELUM BERBEKAM

Pesakit yang ingin melakukan bekam sunnah dianjurkan berpuasa sehari sebelum melakukan rawatan bekam supaya darah kotor akan keluar secara maksimum.

Tuesday, December 1, 2009








BEKAM UNTUK KULIT MUKA BERMASALAH RM30 SAHAJA


Bagi individu yang mempunyai masalah resdung serius,jerawat batu dan kulit sering menggelupas dan bermasalah,saya syorkan anda berbekam dibahagian pipi seminggu sekali untuk 3x sesi,insyaAllah masalah kulit muka anda selesai.Kulit muka yang bermasalah berpunca dari bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka,bila dilakukan bekam darah,semua bakteria itu akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat lagi kehitaman.

Kaedah bekam ini mengambil masa 20min sahaja,lelaki dan wanita sesuai untuk mencuba perkhidmatan ini.Selepas bekam dijalankan,muka anda tiada kesan parut dan kesan lebam akibat proses bekam tadi...Dan bekam darah ini pula adalah sunnah nabi dimana kita mendapat ganjaran pahala apabila melakukannya.









76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM


1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka










6 ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH


1) Mulut

2) Telinga

3) Hidung

4) Mata

5) Kemaluan

6) Dubur










MANFAAT RAWATAN BEKAM DARAH


1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.

5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.

6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.

9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.

10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.

11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.

12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.

13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14) Bermanfaat mengatasi keracunan.

15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.


MANFAAT RAWATAN BEKAM ANGIN


1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.

2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.

3) Mengubati nephritis.

4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.

5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.

6) Untuk mengatasi masuk angin.

7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.










WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM


Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka akan menyembuhkan semua penyakit " Hadis Abu Hurairah

Namun apabila kerana suatu keperluan pengubatan yang mendesak dan dengan cara ini digunakan,bila saja waktunya dilakukan,maka ia tetap bermanfaat,meskipun diawal bulan mahupun akhir bulan.

Contohnya ada orang yang mengalami pendarahan atau gumpalan di otak,yang boleh menyebabkan badan mati separuh,maka berbekam ketika itu jauh lebih bermanfaat daripada menundanya hingga hari-hari kemudian/berikutnya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis diatas.Wallahuaklam...

Waktu yang dilarang keras untuk rawatan bekam adalah pada hari RABU kerana pada hari itu adalah turunnya penyakit kusta dan pada hari itu jugalah Nabi Ayyub terkena bala.Penyakit kusta mahupun belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.

Para sahabat nabi kerap melakukan rawatan bekam sebulan sekali sehinggalah mereka tidak berbekam pada waktu bulan Ramadan.







BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR


Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah,sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali.Tidak lama kemudian,Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan",kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta,orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu,tetapi jika kamu seorang Nabi,maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam.Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam,baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah,juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar.Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka".Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya,iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam.Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu,sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis.Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam,berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut,tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman,ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia dialiran darah.Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang,lantas jin itu mengalir didalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak,maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya dibahagian kepala dimana jin memberikan pengaruh padanya.Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama..Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan,iaitu Al-quran dan bekam.

KESIMPULANNYA,BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU,SIHIR DAN SAKA,ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI DIKAWASAN TENGKUK DISAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH.








PERALATAN BEKAM


1) Satu set alat bekam termasuk cup dan pam vakum.

2) Alchohol swab (untuk sterilkan kawasan badan yang dibekam)

3) Jarum pakai buang (lancet)

4) Pen bekam

5) Tisu (untuk mengesat darah kotor pada badan)

6) Sarung tangan getah
) Dettol cecair (untuk rendam/steril set alat bekam setelah digunakan)


KAEDAH RAWATAN BEKAM

1) Pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.

2) Letakkan cup bekam pada bahagian badan dan sedut guna pam vakum 5 minit.

3) Cabut cup tadi dan sapu alchohol swab untuk steril bahagian badan tadi.

4) Cucuk guna pen bekam dalam 10 tusukan pada bahagian badan tadi.

5) Letak cup semula dan sedut guna pam vakum selama 15 minit.

6) Darah kotor akan keluar dan sapu menggunakan tisu bersih.

7) Steril/sapu semula kawasan bekam tadi dengan alcohol swab.

8) Rendam semua alat set bekam yang terlibat tadi dalam cecair Dettol untuk steril.







KHASIAT RAWATAN BEKAM


Rawatan bekam sekarang ini menggunakan peralatan terkini untuk menyedut darah kotor disekitar badan.Ia bagus untuk merawat migran dan membersihkan darah.Darah yang kotor dan terkumpul pada saluran darah tertentu di bahagian badan boleh menimbulkan sesuatu penyakit seperti gout,migran,kebas anggota badan,kanser,resdung dan sebagainya.Sesiapa badannya ada banyak gangguan jin/sihir/saka amat bagus untuk berbekam,sebab jin bergerak dan membuang najis dalam darah manusia dan secara tak langsung ia akan mengotorkan dan menyekat kelancaran perjalanan darah,lalu wujudlah bermacam penyakit keturunan seperti migran,asma,hilang fokus,stress,gout,resdung dan macam-macam lagi...jadi bila kita berbekam di pusat kepala atau sekitar badan,secara beransur-ansur jin tu dah disedut keluar...tu yang nampak darah kotor yang bertali selepas berbekam...Ia juga disebut sbg al hijamah dan rawatan ini adalah sunnah nabi.

Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik


FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Waktu rawatan untuk bekam pula, pengamal perubatan tradisional berpendapat bahawa berbekam paling baik dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, rawtaan bekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam.Alat-alat bekam pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.Kebaikan Berbekam Membantu menghilangkan pening dan migrain. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Membantu meringankan tubuh.

Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas. Berbekam juga membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang serta banyak lagi.

DALIL TENTANG RAWATAN BEKAM

أن النبي صلى الله عليه وسام احتجم وهو محرم صائم . رواه مسل“
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berbekam di dalam keadaan baginda berihram dan berpuasa. “-Riwayat Muslim dalam sesetengah tariq Hadis Syadad, itu berlaku pada zaman pembukaan Mekah sedangkan Ibn Abbas mendampingi baginda ketika Hajjatul Wida.

Hadith-hadith lain dia (Anas) berkata:

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3479), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam Shahih al-Jami` (II: 5671), dan Takhrij al-Misykat (4544).

Dari Ibnu ‘Abbas, bahwasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra`kan kecuali tiap mereka berkata kepadaku, wajib bagimu wahai Muhammad untuk berbekam.”Riwayat Ibnu Majah (3477), Kitab Pengobatan, Bab Bekam.Disahihkan al-Albani dalam ash-Sahihah (V: 2263) dan Shahih al-Jami` (II: 5672).

Dari Said Ibnu Jabir dari Ibnu Abbas dari Nabi SAW "kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.”-Hadith Sahih Al Bukhari


LARANGAN BAGI RAWATAN BEKAM

Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis,perempuan mengandung 3 bulan pertama,berpuasa,perempuan datang haid,masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih.Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.