
Mengikut hadis sahih,Rasulullah SAW dan para sahabat berbekam sebulan sekali sepanjang tahun kecuali bulan Ramadhan,jadi para pembaca blog diluarsana disyorkan berbekam sebulan sekali dan tarikh mustajab berbekam ialah pada 17/19/21hb islam dimana sesiapa yang berbekam pada tarikh tersebut akan disembuhkan dari segala penyakit,insyaAllah.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari