Monday, June 4, 2012

BERBEKAM DARAH MAMPU MELEGAKAN PENYAKIT KEBAS


Apa itu KEBAS?

Kebas adalah di mana seseorang mengalami kehilangan atau kekurangan rasa sentuhan. Keadaan ini biasanya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh juga berlaku kepada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas akan lebih kerap dirasai di hujung jari, tangan, tapak tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki seperti di betis.

Punca KEBAS.
  1. Kecedaraan pada saraf akibat kemalangan. 
  2. Saraf periferi tertekan atau terhimpit.
  3. Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
  4. Mengalami penyakit seperti diabetes, migrain, epilepsi, strok dan sebagainya.
  5. Saraf Median tertekan di kawasan pergelang tangan.
  6. Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan Vitamin B12.
  7. Akibat kesan sampingan ubat doktor. 
Sabda Rasulullah SAW "jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik