Friday, June 29, 2012

HIKMAH DI SEBALIK 13 RUKUN SEMBAHYANG


Samada mengerjakan solat fardhu atau sunat, kita mestilah memenuhi 13 rukun sembahyang.  Selain dari menjadi syarat sah solat, sebenarnya ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya.
  1. Niat Sembahyang: Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
  2. Berdiri tegak: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
  3. Takbiratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
  4. Membaca surah Al-Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
  5. Rukuk: Sebagai tikar kita di dalam kubur.
  6. Iktidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
  7. Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustakim.
  8. Duduk antara dua Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
  9. Duduk Tahhiyat Akhir: Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
  10. Membaca Tasyahhud: Sebgai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
  11. Selawat Nabi: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
  12. Salam: Memelihara kita di dalam kubur.
  13. Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.