Thursday, June 14, 2012

KATAKAN TIDAK PADA JERAWAT BADAN

Jerawat merupakan keadaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak hingga menyebabkan liang roma tersumbat.  Ini menyebabkan radang yang biasanya muncul pada dada, belakang badan dan muka.
Punca terjadinya jerawat di badan.
  • Ketegangan emosi dan stres yang dihadapi setiap hari. Penghasilan minyak dan sebum di kulit mungkin bertambah dalam keadaan ini.
  • Faktor hormon terutamanya perempuan di awal 20-an. Faktor keturunan juga turut menyumbang.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia tau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
  • Faktor peluh terutama berpeluh ketika sedang tidur.
  • Penggunaan ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
  • Menggunakan kosmetik, pakaian yang ketat yang menutup liang minyak dan menyebabkan masalah jerawat.
Jangan memandang remeh masalah ini.  Walaupun ia tidak dapat dilihat secara luaran namun ia sedikit sebanyak mampu menjejaskan keyakinan diri kerana ia secara tidak langsung membuakan diri kita berasa tidak selesa.

Bertindaklah dengan segera dan lebih baik mencegahnya lebih awal sebelum menjadi lebih rumit.  Segeralah datang berbekam. Apabila dibekam darah yang akan keluar akan berwarna gelap dan berlendir.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari