Saturday, June 9, 2012

KELEBIHAN MINYAK KASTURI HITAM RUQYAH UNTUK MENGENALPASTI KEHADIRAN JIN

Bagi mereka yang ada menyimpan minyak kasturi hitam di rumah masing-masing, buka penutupnya dan bacakan Al-Fatehah, kursi dan 3 Qul lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut. Kemudian anda sapu minyak tersebut pada kawasan lubang hidung anda, jika bau minyak itu busuk dan terasa pedih pada kulit hidung, sahlah anda ada gangguan jin. Jika anda mencium minyak tersebut lalu terasa wangi dan tidak pedih pada permukaan kulit hidung, maka tiada sebarang gangguan dalam diri anda.
 
Minyak kasturi disyorkan untuk dipakai pada setiap kali sebelum solat dan sebelum tidur malam kerana ia sunnah dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian kasturi terutama minyak kasturi yang sudah diruqyah terlebih dahulu.
 
Kasturi adalah minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya, "Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"  
 
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,"katanya. "Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".  
 
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)  
 
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:- 
  1. Memberi kekuatan pada roh 
  2. Menenangkan Jiwa 
  3. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak 
  4. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 
  5. Menghilangkan debaran jantung 
  6. Menghilangkan Sesak Nafas 
  7. Melegakan Lelah (Asma) 
  8. Menyedarkan orang yang pengsan 
  9. Memperkuatkan organ luaran tubuh 
  10. Memperkuatkan organ dalaman tubuh 
  11. Menghilangkan rasa gementar 
  12. Menghilangkan sejuk tubuh 
  13. Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 
  14. Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang 
  15. Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing 
  16. Menjernihkan mata putih pada mata 
  17. Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan 
  18. Mencegah wabak penyakit 
  19. Melanjutkan usia 
  20. Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. 
 Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum seperti kasturi.