Friday, June 29, 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT LEHER DAN BAHU AKIBAT SALAH BANTAL KETIKA TIDUR


Setiap orang pasti pernah mengalami masalah sakit di bahagian leher dan bahu apabila bangun dari tidur.  Apabila dipicit terasa sakit pada otot-otot tersebut dan menyebabkan pergerakan leher agak terbatas. Pada waktu malam pula kita tidak dapat tidur dengan nyenyak dan ini berpunca daripada akibat seperti berikut:- 
  • Tidur lebih dari satu bantal.
  • Tidur mengiring hanya di sebelah badan sahaja.
  • Tidur dengan bantal yang tebal dan keras.
  • Kurang mengamalkan senaman pada bahagian leher dan bahu.
  • Leher dan bahu yang terdedah dengan luas pada suhu bilik yang terlalu sejuk.
  • Akibat tilam yang terlalu lembut atau nipis sehingga menyebabkan badan terasa sengal.
Anda digalakkan untuk membuat rawatan bekam di bahagian leher dan bahu yang sakit. Caj rawatan RM50/10cup.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari