Sunday, July 29, 2012

KELEBIHAN CUKA


Cuka atau dalam bahasa Arab di sebut "khal" mempunyai khasiat pemakanan yang baik dalam mengimbangi diet pemakanan sihat.
  1. Memecahkan lemak dalam badan.
  2. Melancarkan laluan darah.
  3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman.
  4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
  5. Melawaskan usus kecil dan besar.
  6. Bertindak sebagai anti alergi, antiseptik, anti anemia, anti ulser.
  7. Menghilangkan masalah jerawat.
  8. Menyekat penyerapan dan pengumpulan lemak.
  9. Menambah metabolisme di bahagian badan tertentu.
  10. Menyingkirkan air yang berlebihan.
  11. Menguatkan dan melembapkan kulit serta menegangkannya.
  12. Merawat selulit.
  13. Membuang lemak yang berlebihan di bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti berbonggol.
  14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
  15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
  16. Mengandungi antioksidan yang menjaga kesihatan jantung.
  17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru.
  18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang.
  19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  20. Mengawal berat badan ke paras ideal.
  21. Menghilangkan tekanan dan membantu tidur yang nyenyak. 
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik hidangan makanan ialah cuka.  Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah."