Thursday, September 6, 2012

JOM BERBEKAM.....KATAKAN TIDAK KEPADA STRES


      Photobucket 
Stress adalah masalah dalaman diri kita sendiri.  Jika kita ikhlas dan redha atas apa jua yang berlaku maka semua masalah akan selesai dengan mudah.  Jangan terlalu tertekan dengan masalah.  Tangani masalah satu persatu.  Jangan sesekali lari dari masalah kerana jika kita lari, masalah lain pula akan timbul.  

Cuba melakukan semua pekerjaan dalam satu masa adalah tidak baik dan anda akan mengalami stres melampau.  Yakinlah dengan kemampuan diri sendiri dan berhenti untuk memuaskanan hati semua orang dalam satu masa.  Cuba hindari gejala hasad dengki dan kata mengata.  Di dalam pergaulan hormatilah dan hargailah orang lain dan bersederhanalah dalam segala hal.  Sentiasalah bermuhasabah diri dan berusaha untuk mempertingkatkan potensi diri supaya diri kita lebih terbuka mindan dan lebih maju dan berjaya.

Solat adalah cara utama untuk tangani stres.  Berdoa agar segala urusan dipermudahkan, InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya.  Selain itu, anda juga boleh buat rawatan bekam stres untuk 10cup/10titik dibelakang badan anda. Dengan berbekam badan anda akan terasa ringan, lega dan tenang.  Proses bekam ini akan membantu membuang angin dan darah kotor yang terdapat di dalam badan.

Caj rawatan bekam: 10cup = RM50 @ PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)