Monday, December 24, 2012

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGUBATAN


Dalam pengubatan, Rasulullah s.a.w. melarang menggunakan khurafat, hipnotis (sulapan), penipuan, dan sihir.  Rasulullah s.a.w. telah memerangi semua perkara ini, dengan sabdanya,: Barang siapa yang menggunakan jampi-jampi maka dia telah syirik.  Tauliah, jampi-jampi, dan guna-guna adalah sebahagian dari syirik."  Dan Rasulullah s.a.w. berhasil menumpaskan semua masalah tersebut.

At-Tauliah adalah salah satu dari bentuk sihir atau yang lainnya (guna-guna) yang dilakukan oleh seorang isteri agar dicintai oleh suaminya, dan perlakuan seperti ini disebut sihir kerana dia diyakini memberi pengaruh dan dapat mengubah apa yang telah Allah s.w.t. takdirkan untuknya.