Saturday, May 18, 2013

BAYI MENANGIS KERANA GANGGUAN


Pada 4 hari yang lalu perawat lelaki kami telah menerima kunjungan sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan seorang anak kecil.  Tujuan mereka ialah untuk mendapatkan khidmat rawatan ruqyah.  Anak kecil mereka selalu menangis pada setiap kali suaminya keluar bekerja. 

Semasa proses bacaan ruqyah dilakukan si isteri mula meracau-racau, memanggil nama ibunya dan beraksi silat.  Namun kekuatan 2 orang lelaki tidak mampu untuk memegang si isteri ini yang bertubuh kecil sahaja.  Pada masa yang sama anak kecil beliau menangis dengan kuat seperti nampak sesuatu.

Proses rawatan ruqyah telah mengambil masa selama 30 minit bagi menenangkan semula si isteri.  Di akhir rawatan perawat kami telah bacakan azan.  Keluarga ini telah dinasihati untuk mandi ais di rumah bersama dengan air doa yang telah dibacakan.  Minyak kasturi pula telah dibekalkan untuk digunakan oleh mereka sekeluarga bagi mengelakkan masalah gangguan.

Semoga keluarga ini mendapat perlindungan daripada Allah SWT.  

Untuk temujanji rawatan ruqyah sila hubungi Muallij Ahmad 019-307 9883 di (Section 7, Shah Alam) atau Ustaz Haikal 013-347 5449 di (PJ).  

Caj Rawatan Ruqyah: Seikhlas hati

Maha Besar Allah SWT berfirman, ertinya: "Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat."